Ripley, Robert LeRoy (1893–1949) ialah pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang dikenali sebagai “Believe It or Not”. Panel ini mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di puncak kepopularannya, jumlah pembaca “Believe It or Not” dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta orang. Rencana itu juga mengandungi bahan untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku, filem, dan muzium. |