Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.man] | سيمن

Definisi : (séman) = kesemanan 1. tidak jadi (tapai, apam, dll), gagal; 2. hilang (ingatan): berubah fikiran ingatan ~; 3. tidak sempurna (anak dlm kandungan dll), rosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.man] | سيمن

Definisi : /séman/ 1 tidak menjadi (bkn tapai, nira, apam dll); gagal. 2 tidak sempurna jadinya (bkn anak di dlm kandungan, padi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seman
Kata Terbitan : kesemanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHD. MANSUR ABDULLAH MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945-    ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. SASTERATokoh
SEMAI

SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor.  Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu “seman’ yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear.  Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas