Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mang] | سمڠ

Definisi : ; anak ~ a) orang yg menumpang makan dan bekerja pd orang lain; b) orang yg bekerja dgn orang lain kerana terikat (oleh hutang dll); c) orang yg menolong orang lain menjalankan perniagaan dll; induk ~ a) orang yg memberi tumpangan (makan dan pekerjaan) kpd orang lain; b) orang yg memberikan modal (dagangan dll) kpd orang lain utk di-perniagakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mang] | سمڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Quisqualis densiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mang] | سمڠ

Definisi : sj suku bangsa orang asli yg tinggal di Tanah Melayu, Pangan (di Kelantan dan di Pahang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mang] | سمڠ

Definisi : ; anak ~ 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. induk ~ a. orang yg mengambil orang lain utk bekerja. b. orang yg memberi tumpangan (makan minum dll). c. orang yg memberikan modal utk berdagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semang

Peribahasa

Berinduk semang kepada janda,
     bagai dokoh tali anjing.

Bermaksud :

Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMANG

SEMANG,  suku kaum Orang Asli  yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.  Masyarakat Semang juga terdapat di Filipina hingga ke Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, selatan Myanmar, pedalaman Sumatera dan Sulawesi.  Istilah Semang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk kepada Orang Negrito yang hidup memburu dan memungut hasil hutan di Semenanjung Malaysia.  Di Selatan Thailand, orang Semang juga dikenal sebagai ‘Tonga’ atau ‘Mos’.  Manakala di Kelantan, masyarakat ini dikenal sebagai ‘Pangan’.  Namun, kedua-dua istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan istilah Negrito. 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
JAHAI

JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KENSIU

KENSIU, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito.  Masyarakat yang menggunakan bahasa serumpun dengan Mon-Khmer ini kadang-kadang juga dikenal sebagai Kensieu atau Kenseu, manakala pengkaji awal merujuk mereka sebagai Semang Barat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
KINTAK

KINTAK, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini juga dikenali sebagai Tak, Kentok dan Kintok. Kintak secara khusus terbahagi kepada beberapa subkumpulan. Dua antaranya dinamakan Kintak Bong dan Kintak Nakil.

BUDAYAAdat
LANOH

LANOH, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini turut dikenal sebagai Lano dan Sahubn tetapi nama Sabubn sudah tidak digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas