Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bah.yang] | سمبهيڠ

Definisi : 1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan me­ngerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sem­bah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bah.yang] | سمبهيڠ

Definisi : 1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa. ~ berjemaah sembahyang mengikut imam. ~ fardu (lima waktu) sembahyang yg diwajibkan dlm sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. ~ hajat sembahyang khas utk memohon sesuatu kpd Tuhan. ~ jenazah (mayat) sembahyang utk orang mati. ~ Jumaat sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah, pd hari Jumaat pd waktu zuhur. ~ raya sembahyang khas kerana memuliakan hari raya. ~ sunat segala jenis sembahyang yg tidak diwajibkan tetapi digalakkan melakukannya. ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya). ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan. ~ witir sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dilakukan antara solat Isyak hingga waktu subuh. bersembahyang me­laku­kan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. menyembahyangkan melakukan sembahyang utk: ~ mayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembahyang (kata nama)
1. Dalam konteks Islam
bersinonim dengan solat, tiang agama,

2. Dalam konteks bukan Islam
bersinonim dengan puja, permintaan,

Kata Terbitan : bersembahyang,

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sembahyang diberi berwaktu,
     janji diberi berketika.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMBAHYANGrukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islamAGAMAKonsep
ANGELUS

Angelus ialah sembahyang Roman Katolik.

Angelus ialah perkataan Latin bagi malaikat . Ia

merupakan perkataan pertama sembahyang Latin

dan merujuk kepada malaikat yang menurut Kitab

Perjanjian Baru, memberitahu Mary bahawa dia

akan menjadi ibu kepada Jesus Christ.

UMUM 
AZAN

Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam.

Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan

sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa

bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini

terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk

mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,

dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus,

yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk

rantau) yang jauh”.

UMUM 
MASJID

Masjid ialah rumah Allah SWT, dan merupakan

tempat orang Islam menunaikan sembahyang fardu

yang diwajibkan ke atas mereka.

UMUM 
MASJIDILAQSA

Masjidilaqsa ialah kiblat pertama umat Islam

dan tanah haram ketiga serta tempat

persinggahan Rasulullah SAW ketika Mikraj, juga

tempat sembahyang semua nabi pada malam

Israk.

UMUM 
PERJANJIAN BERWICK

Perjanjian Berwick (1639), mengakhiri cubaan

oleh Raja Charles I dari England untuk menggesa

Scotland agar menerima English Prayer Book dan

cara sembahyang Inggeris.

UMUM 
TABERNACLE

Tabernacle, juga dikenali sebagai Khemah

Pertemuan ialah pusat ibadat bagi orang Israel

semasa zaman kitab Bible awal. Menurut Buku

Exodus, orang Yahudi membina Tabernacle atau

tempat sembahyang semasa mereka berkelana di

padang pasir. Ia adalah sebagai simbol untuk

kediaman tuhan mereka, di dalam kawasan kem

atau petempatan mereka. Tempat ibadat yang lain

juga ada kalanya dikenali sebagai tabernacle.

UMUM 
BEDUK

BEDUK, sejenis gendang besar yang dipalu khusus untuk memberi isyarat masuknya waktu sembahyang.

BUDAYAKonsep
KENTUNGKENTUNG, alat yang dipalu untuk menyatakan waktu sembahyang atau menyampaikan maklumat kepada orang ramai seperti kematian dan sesuatu kecemasan.  Kentung juga dipanggil `ketuk-ketuk'.BUDAYAAlat/Alatan
MINISTER

Minister, dalam agama Kristian, bermaksud

seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister

ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang

berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan

terutamanya, minister merupakan golongan paderi

yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai

pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan

upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan

juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan

bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang

tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan

upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya

membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu

dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci.

Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan

Gereja England, paderi merupakan minister yang

ditahbiskan.

UMUM 
12

Kembali ke atas