Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 
PARUT

Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah

kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain

yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang

dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan.

UMUM 
SKURVI

Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh

kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet.

Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C,

sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan

mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran

darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan

sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh

menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut

dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan

gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera

makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah.

Anemia juga boleh berlaku.

UMUM 
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 
MINOT, GEORGE RICHARDS

Minot, George Richards (1885–1950), doktor

Amerika yang sangat terkenal di dunia dalam

bidang penyakit darah. Pada tahun 1926, dia

memperkenalkan rawatan hati kepada pesakit

anemia pernisius. Kajiannya menunjukkan bahawa

apabila seseorang pesakit dirawat dengan

memberinya diet yang mengandungi banyak hati,

anemia akan hilang. Penemuannya ini telah

memberi peluang kepada pesakit anemia untuk

sembuh.

UMUM 
SEWARD, WILLIAM HENRY

Seward, William Henry (1801–1872),

berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika

Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861–

1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang

terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi

tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan

calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk

pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet

Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab

kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar

negara, negara-negara Eropah tidak memberi

sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri

Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang

yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada

malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang

lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya

sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden

Andrew Johnson.

UMUM 
RUNSAI

RUNSAI,  seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah.  Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau.  Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas