DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi. Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia). | BAHASA | Bahasa |
SEMENANJUNG YORKE | Semenanjung Yorke ialah tanjung tinggi yang terletak di Australia Selatan. Semenanjung ini menghala ke Lautan Hindi dengan dikelilingi oleh Teluk Spencer dan Teluk St. Vincent. Panjang semenanjung ini ialah 240 kilometer, manakala lebarnya antara 15 hingga 20 kilometer. | UMUM | |
SEMENANJUNG SINAI | Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain. | UMUM | |
SEMENANJUNG TANAH ARAB | Semenanjung Tanah Arab, gurun yang gersang yang terletak di barat daya Asia. Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak yang terbesar di dunia. | UMUM | |
SEMENANJUNG | Semenanjung ialah kawasan daratan yang hampir dikelilingi oleh air. Beberapa semenanjung, seperti India, bercantum dengan tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab Saudi adalah semenanjung yang paling besar di dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000 kilometer persegi. | UMUM | |
SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
SEMENANJUNG CAPE YORK | Semenanjung Cape York terletak di hujung utara Queensland, Australia. Semenanjung ini menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000 kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa di barat semenanjung ini. Lihat juga Queensland (peta). | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
SEMENANJUNG YUCATÁN | Semenanjung Yucatán merangkumi negerinegeri di tenggara Mexico, iaitu Campeche, Quintana Roo, dan Yucatán; Belize; dan sebahagian El Petén di Guatemala. Semenanjung ini memisahkanTeluk Mexico daripada Laut Caribbean. Keluasannya melebihi 194 000 kilometer persegi. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG, dialek yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu. Dialek ini berasal daripada rumpun bahasa di daerah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera Timur dan Kepulauan di sekitarnya. Ketiga-tiga daerah ini ialah kawasan pusat dan induknya bagi bahasa Melayu. Sejak zaman dahulu, di kawasan inilah berkembangnya bahasa Melayu yang bermula dari kerajaan Sriwijaya membawa ke Melaka dan seterusnya ke Riau-Johor. Kemudian bahasa Melayu Riau-Johor berpecah dua pula, iaitu bahasa Melayu Riau yang berkembang di Indonesia, dan bahasa Melayu Johor yang berkembang di Malaysia dan Singapura serta memberi pengaruh yang kuat di Brunei Darussalam. | BAHASA | Bahasa |