Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAMAIAN SEMENTARA

Kedamaian sementara ialah penangguhan

pertempuran antara pihak yang bertentangan

dalam peperangan. Kedamaian sementara

mungkin diadakan untuk memindahkan mereka

yang cedera dari medan pertempuran,

mengebumikan mereka yang terkorban,

penukaran tawanan perang, ataupun

menghormati hari kelepasan keagamaan.

UMUM 
KERAJAAN SEMENTARA UMUM 
KONKUSI

Konkusi ialah sejenis gangguan sementara

terhadap fungsi otak akibat hentaman di kepala

yang berlaku secara tiba-tiba. Biasanya, konkusi

menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri yang

sementara, diikuti oleh hilang ingatan terhadap

peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas

kecederaan itu.

UMUM 
ELEKTROMAGNET

Elektromagnet ialah magnet sementara yang

terbentuk apabila arus elektrik mengalir melalui

dawai atau pengkonduksi yang lain.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
EMPANGAN KEKOTAK

Empangan kekotak ialah lingkungan

bertembok sementara yang digunakan dalam

pembinaan. Ia mewujudkan suatu ruang yang

melindungi pekerja dan tapak penggalian daripada

air dan keruntuhan

UMUM 
KATAPLEKSI

Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan

kehilangan sementara keadaan normal otot secara

tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan

emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,

marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini

berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang

sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,

atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.

UMUM 
DAVIS, JEFFERSON

Davis, Jefferson (1808–1889), dilantik

sebagai presiden sementara bagi Negeri-negeri

Gabungan Amerika semasa Perang Saudara

Amerika.

UMUM 
PANMUNJOM

Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan

kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea

pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali

yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea

Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea).

UMUM 
123456789

Kembali ke atas