Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séminar) perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita; berseminar mengadakan seminar, meng­hadiri (menyertai) seminar: janganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan; menseminarkan membahaskan sesuatu per-kara, isu, dsb dlm seminar: perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl bersinar-sinar; ® sinar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séminar/ perjumpaan utk menyelidik dan memperbahaskan se­suatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yg ahli dlm hal itu. ber­seminar menghadiri, menyertai atau mengadakan seminar: Mereka ~ selama dua hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA

SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia.  Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938.  Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993.

BAHASAKegiatan
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA

KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres  bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa  yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988.

BAHASABahasa
TA'IF

Ta‘if adalah salah sebuah bandar di Arab Saudi

yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di

kalangan penduduk tempatan. Ia juga merupakan

kawasan kediaman keluarga diraja Arab Saudi dan

pusat seminar kebangsaan yang diadakan di dalam

negeri.

UMUM 
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau.  Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973.  Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara.  Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat.

SASTERAKarya
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM),

pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini

memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa

dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji

dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang

dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum

Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel,

ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan

jurnal linguistik.

UMUM 
LIGA ANTARABANGSA LA LECHE

Liga Antarabangsa La Leche ialah

sebuah pertubuhan wanita yang menawarkan

maklumat dan galakan kepada para ibu yang

hendak menyusui anaknya. La leche adalah

perkataan sepanyol yang bermaksud susu. Liga

ini menyediakan kaunseling dan pendidikan

kepada ibu bapa dan orang profesional melalui

pertemuan, seminar dan penerbitan.

UMUM 
KAMUS LATIN-INDONESIA

KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai.

BAHASAPenerbitan
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN

PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium.  Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen.  Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara.  Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara.  Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas