Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seminggu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABU

Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu.

Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut

Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya

daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam

mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era

Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden.

Kemudian, nama tersebut ditukar kepada

Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat

dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury),

yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu.

Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa

Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies

Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin

masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa

Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi .

Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu

hari keempat dalam seminggu.

UMUM 
SELASA

Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya

( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada

perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon

bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba

Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki

kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday

(Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang

Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena

nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove

Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian

kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan

paderi pada hari itu dan orang yang mengaku

kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa

Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
MARY, RATU SCOTLAND

Mary, Ratu Scotland (1542–1587) ialah satu-

satunya puteri Raja James V Scotland yang hidup.

Ibunya ialah Mary of Guise. Baginda baru berumur

seminggu apabila bapanya, James V meninggal

dunia.

UMUM 
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
BINTANG TIMOR

BINTANG TIMOR,   akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894.  Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum.  Song  Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press.  Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian.  Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali  seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
NGUYEN VAN THIEU

Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi

presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa

Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah

tekanan kuat penentang politik bukan Komunis –

Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk

menggalakkan perbincangan gencatan senjata

antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan.

Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu

kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih

Vietnam Selatan.

UMUM 
PEKAN SARI

PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
BINTANG BARAT

BINTANG BARAT,  akhbar yang diterbitkan oleh Ogilvie & Co, di Betawi, Jawa, pada tahun 1869.  Pada peringkat awal penerbitannya, Bintang Barat merupakan akhbar mingguan, kemudian diterbitkan dua kali seminggu dan seterusnya diterbitkan secara harian pada tahun 1886.  Antara editor yang terlibat termasuklah J. Keiffer, Oeij Tjai Hin dan E.F. Winggers.  Bintang Barat memuatkan berita dan rencana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
TANJUNG PENEGERI

TANJUNG PENEGERI, akhbar yang diterbitkan di Pulau Pinang pada pengujung abad ke-19.  Akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu, iaitu pada hari Selasa dan Jumaat ini terbit pertama kalinya pada 4 Oktober 1894.  Editor pertama akhbar ini ialah S.P.S.K. Kadar Sahib, seorang yang berketurunan India Muslim.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SEKOLA MELAYU

SEKOLA MELAYU,  akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura.  Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari  Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu.  Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura.

BAHASAKitab
12

Kembali ke atas