MAHLER, GUSTAV | Mahler, Gustav (1860–1911) ialah penggubah zaman romantik kelahiran Bohemia. Dia berhasil menyiapkan sembilan buah simfoni tetapi meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan yang kesepuluh. Dia juga menggubah banyak lagu yang diiringi oleh persembahan orkestra. | UMUM | |
NUFAYR IBN MALIK | Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al- Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan hadith daripada Abu Bakar (dipercayai kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda, Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy . Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak menerima sesuatu hadith kecuali guru yang meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal dunia pada tahun 75 H. | UMUM | |
AWS IBN HAJAR | Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi. Umurnya sangat panjang namun sesetengah pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan tarikh kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam. Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”. | UMUM | |
MADHAJIY, AMRU IBN MAYMUN AL- | Madhajiy, Amru ibn Maymun al-, ( ?–74 H./ ?– 694 M.) tokoh agama. Nama sebenarnya ialah ‘Amru ibn Maymun (meninggal dunia pada tahun 74 H./ 694 M.). Nama penuhnya ialah ‘Amru ibn Maymun, Abu ‘Abdullah al-Awdiy al-Madhajiy. Dia sempat hidup pada zaman Jahiliah dan memeluk Islam pada zaman Nabi (SAW). | UMUM | |
OBREGÓN, ÁLVARO | Obregón, Álvaro (1880–1928) ialah askar, negarawan, dan peladang ternakan Mexico yang menggantikan Venustiano Carranza sebagai presiden Mexico, pada tahun 1920 (lihat Carranza, Venustiano ). Obregon adalah salah seorang pemimpin Revolusi Mexico yang paling berkebolehan. Dia dipilih semula menjadi presiden pada tahun 1928, tetapi dibunuh sebelum sempat menjawat jawatan itu. | UMUM | |
ROSIAH CHIK | ROSIAH CHIK (1935- ), penyanyi lagu Melayu asli. Dia lahir di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dan dibesarkan di Johor Baru. Nama sebenarnya ialah Rosiah binti Abdul Manap. Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru. Dia tidak sempat melanjutkan pelajarannya di Sultan Ibrahim Girls School kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. | BUDAYA | Tokoh |
JAMAL UL-KIRAM II | JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32. dia lahir di Filipina. Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32. dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir. Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya. Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE | Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884– 1981), marsyal medan perang British yang bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia II (1939–1945), dia menjadi ketua komander untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941 dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun 1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan senjata. Namun, Auchinleck tetap mara menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur. Dia mengumpulkan semua tenteranya di belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan komandernya sebelum dia sempat bertindak. Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England. | UMUM | |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
SEMANGAT ASIA | SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura). Semangat Asia menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel. Semangat Asia sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944. | SASTERA | Penerbitan |