Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.sim] | سموسيم

Definisi : 1. sama musimnya; 2. masa kira­kira setahun (dr musim tertentu hingga kem­bali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki ber-nama Encik Tayan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.sim] | سموسيم

Definisi : sama musimnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semusim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAMAN SEMUSIMKonsepPERTANIANKonsep
AGERATUM

Ageratum ialah pokok taman yang popular,

tumbuh rendah dan semusim yang popular.

Bunganya berwarna biru pucat, putih, atau samar.

Ia berbunga sepanjang musim panas. Setiap

kuntum bunga mempunyai banyak bunga kecil

berbentuk tiub yang tumbuh rapat-rapat. Pokok

ageratum boleh ditanam daripada biji pada

mulanya di dalam rumah pada awal musim bunga,

atau ditanam di luar rumah kemudiannya.

UMUM 
ATI-ATI

DAUN ATI-ATI, (Coleus, iaitu C. amboinicus, C. atropurpureus dan C. blumei), sejenis tumbuhan renik semusim. Tumbuhan ati-ati ditanam kerana keindahan bentuk daun dan warna daunnya yang menarik. Kawasan asal Coleus ialah di bahagian Tropika Dunia Lama.

           

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas