BUTTE | Butte ialah bukit atau gunung kecil yang berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah perkataan Perancis yang bermakna timbunan. | UMUM | |
SINUS | Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk kepada ruang yang lompong yang berisi udara yang terletak di bahagian hadapan tengkorak. Tengkorak manusia terdiri daripada empat kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini mendapat namanya daripada tulang-tulang tengkorak yang menempatkan sinus tersebut. | UMUM | |
O'CASEY, SEAN | O’Casey, Sean (1880–1964), berkemungkinan penulis drama Ireland yang teragung pada zamannya. Dia lahir di kawasan sesak Dublin dan belajar sendirian. O’Casey memperoleh kemasyhuran apabila Abbey Theatre Dublin mementaskan tiga dramanya – The Shadow of a Gunman (1923), Juno and the Paycock (1924), dan The Plough and the Stars (1926). | UMUM | |
PLOTINUS | Plotinus (205?–270?) merupakan pengasas ilmu falsafah Yunani yang dikenali sebagai Neoplatonisme . Dia mengembangkan Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa dunia kebendaan adalah tidak benar, politik merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh adalah penjara sementara bagi rohani dan kehidupan ini adalah pengembaraan melalui khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam kesempurnaan. ‘ The One’ merupakan suatu sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia kembali sebagai suatu yang menakjubkan. Plotinus percaya dia pernah mengalami visi tersebut. | UMUM | |
MENARA KUALA LUMPUR | Menara Kuala Lumpur ialah menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian Berhad (MKLSB), iaitu sebuah anak syarikat TELEKOM Malaysia. | UMUM | |
S. EFFENDI | S. EFFENDI (1923 - ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia. Nama penuhnya ialah Said Effendi. Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya. Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh. Suaranya telah memukau pendengar. S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi. Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian. Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah. Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah. | BUDAYA | Tokoh |
SULTAN ISMAIL PETRA | Kapsyen : Sultan Ismail Petra SULTAN ISMAIL PETRA (1949- ), Sultan Kelantan yang ke-12 (1979- ). Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda ialah putera bongsu kepada Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra. Baginda mendapat pendidkan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Di samping itu, baginda belajar secara sendirian daripada seorang guru khas di istana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |