Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mela-stoma malabathricum (imbricatum, molle, muticum, sanguineum); 2. sj tumbuhan (pokok renek yg berasal dr Brazil), Tibouchina semi-decandra; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), kemunting akar, Marumia nemorosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : beberapa jenis pokok renek yg buah dan pucuknya boleh dimakan; keduduk, Melastoma spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senduduk

Puisi
 

Pohon senduduk pohon serai,
     Pohon senduduk buat pedati;
Dengar kokok berderai-derai,
     Melihat ekor bergelumang tahi.


Lihat selanjutnya...(21)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERAH SENDUDUK

Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau

pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun

1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui

bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat

menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat

Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah

campuran bahan yang diterbitkan daripada

fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang

pertama yang diperoleh daripada tar batu arang.

UMUM 
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas