SENGKENIT LEMBU | Sengkenit lembu , juga dikenali sebagai sengkenit demam Texas, ialah pembawa penyakit demam Texas, sejenispenyakit lembu. Sengkenit ini berbentuk bulat dan berwarna perang berangan. Ia membawa organisma bersel satu yang menyebabkan penyakit tersebut. Sengkenit ini menyuntik organisma satu sel tersebut ke dalam badan lembu dengan air liurnya semasa ia menghisap bendalir badan lembu. Organisma satu sel ini akan membiak dalam darah lembu dan memusnahkan korpuskel darah merah. | UMUM | |
SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |
DEMAM SENGKENIT | Demam sengkenit ialah nama bagi beberapa penyakit yang disebabkan oleh gigitan sengkenit. Ini termasuk demam sengkenit Colorado, demam berulang, demam berbintik Pergunungan Rocky dan demam Texas. | UMUM | |
SENGKENIT PENGEMIS | Sengkenit pengemis ialah dua jenis tumbuhan yang mempunyai buah yang kecil, leper bak biji. Buah ini atau ulasnya boleh melekat pada bulu haiwan atau pada pakaian. Buahnya menyerupai sengkenit. Manusia dan haiwan membantu tumbuhan ini dengan membawa bijinya dari tempat ke tempat. | UMUM | |
KALA JENGKING | Kala jengking ialah haiwan kecil yang mempunyai sengat beracun di ekornya. Kala jengking bukanlah serangga. Ia tergolong dalam kelas haiwan yang dikenali sebagai araknid yang termasuk labah-labah, tungau, dan sengkenit. | UMUM | |
TIFUS | Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . | UMUM | |