SENI BINA NORMAN | Seni bina Norman ialah adaptasi kedaerahan daripada seni bina Romanesque. Ia berasal dari Normandy di barat laut Perancis. Gaya ini mencapai kemuncaknya di England pada akhir tahun 1000-an, selepas penaklukan Norman pada tahun 1066, dan pada tahun 1100-an. Seni bina Norman terkenal kerana cirinya yang sangat besar, pembinaan siling kekubah enam bahagian, dan penggunaan corak hiasan berukir Celtik dan Carolingian. Contoh seni bina Norman termasuk Gereja St. Étienne dan La Trinité di Caen, Perancis, dan Katedral Ely dan Durham di England. Lihat juga Seni bina (gambar: Seni bina Romanesque) | UMUM | |
SENI BINA GEORGE | Seni bina George ialah gaya utama seni bina di England semasa pemerintahan Raja George I, II, III, dan IV. Raja-raja ini memerintah dari tahun 1714 hingga tahun 1830. Seni bina George juga banyak mempengaruhi bangunan di koloni Amerika dan Amerika Syarikat Timur pada tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. | UMUM | |
SENI BINA RENAISSANCE | Aliran seni bina yang terpenting dan berpengaruh dalam sejarah seni bina Barat. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SENI BINA LANDSKAP | Seni bina landskap melibatkan kerja mereka bentuk dan membangunkan tanah untuk digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina landskap berkaitan dengan kecantikan alam sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal untuk menggunakan tanah dan objek-objek di atasnya. Seseorang yang mendapat latihan profesional dalam bidang ini dikenali sebagai arkitek landskap . | UMUM | |
AUSTRALIA, KESENIAN DAN SENI BINA | Australia, Kesenian dan seni bina. Gabungan landskap, penduduk dan pengaruh kebudayaan Australia telah menghasilkan kesenian dan seni bina yang kaya dan berbagai-bagai. | UMUM | |
SENI BINA ROMANESQUE | Seni bina Romanesque ialah gerakan seni bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira- kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian. | UMUM | |
SENI BINA ISLAM | Seni bina Islam adalah salah satu bidang penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti dengan keupayaan para arkitek Islam membina pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan pondok. Contoh seni bina bercorak moden termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan, agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat. | UMUM | |
SENI BINA | Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia mungkin merujuk kepada seni dan sains bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai makna sejarah, yang merujuk kepada gaya bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang seni bina Yunani atau seni bina Gothik. | UMUM | |
SENI BINA INDIA | Gaya aliran seni bina. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SENI BINA DI MALAYSIA | Gaya seni bina yang terdapat di Malaysia. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |