Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI UNTUK SENI

SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya.

SASTERAKonsep
AFRIKA SELATAN, SENI

Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan

telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu

dengan karya seni orang San. Mereka mengukir

batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding

gua serta tempat perlindungn mereka yang

diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku

kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh

yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika

yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum

tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni

pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan

membuat manik.

UMUM 
SENI ABSTRAK

Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang

mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti

dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai

seni bukan objektif atau seni bukan figuratif .

Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang

mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti

dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai

seni bukan objektif atau seni bukan figuratif .

UMUM 
SENI KOMERSIAL

Seni komersial termasuk beberapa jenis seni

yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Ia

sering dikenali sebagai seni pengiklanan , kerana

banyak seni komersial digunakan untuk tujuan

menjual keluaran dan perkhidmatan. Seni

komersial berbeza daripada seni halus atau seni

asli, seperti satu lukis dan seni arca, kerana ia

mesti dihasilkan semula dengan kaedah mencetak

atau kaedah lain.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni mempertahankan diri ialah istilah umum

bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari

Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang

diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun,

dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni

mempertahankan diri, masing-masing mempunyai

gaya dan sistem yang tertentu.

UMUM 
SENI CAROLINGIAN

Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta

pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis

dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil

sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja

orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814

M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang

besar dari segi reka bentuk gereja dan

perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta

jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu,

pelukis telah memberi tumpuan kepada pola

geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis,

pengarca, dan artisan Carolingian

memperkenalkan figura manusia pada latar

belakang semula jadi ke dalam seni tampak.

UMUM 
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep
SENI ARCA

Seni arca adalah satu daripada seni yang paling

kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada

asalnya bermakna memotong dan melibatkan

teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk

dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza

daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo

hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan

daripada patung batu yang menghiasi katedral

hingga kepada gegantung (mobile) logam yang

berayun gemalai apabila ditiup angin.

UMUM 
SENI MENGGUBAH POKOK

Seni menggubah pokok ialah seni membentuk

dan memotong pokok menjadi bentuk hiasan. Seni

menggubah pokok biasanya dilakukan pada pokok

renek, pokok malar hijau dan laman, tetapi juruhias

membuat pokok gubahan daripada kertas krep dan

dawai.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas