| TUK KEMUNING | TUK KEMUNING (1885-1934), ulama. Dia lahir di Kampung Machang, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Ismail bin Haji Senik yang juga dikenal sebagai Haji Abdul Hamid. Dia dipanggil Tuk Kemuning mengambil sempena nama kampung yang diterokainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI | SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN MUHAMMAD IV | Kapsyen : Sultan Muhammad IV SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus. Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik. Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |