Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal di lereng Titiwangsa di pedalaman negeri Perak, Kelantan dan Pahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senoi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SENOI PRAAQ

SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).  Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk  menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli.  Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli.  Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan.  Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan.  Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956.  Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).  Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS).  Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen.  Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JAH HET,JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
CHEWONG

CHEWONG, kelompok kecil Orang Asli yang tergolong dalam subkelompok Senoi. Dalam banci penduduk pada tahun 1983, kelompok Chewong berjumlah 203 orang. Kelompok itu diberi nama yang berbagai-bagai, antaranya termasuklah Maroi, Jo-Ben, Cho-Ben, Jelbeng, Kleb dan Siwang. Pada masa ini, mereka menyebut diri mereka sebagai Chewong.

 

 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAH MERI

MAH MERI, suku kaum Orang Asli daripada kelompok Senoi. Mah Meri bermaksud ‘orang daratan’. ‘Mah’ bermaksud orang dan ‘Meri’ bermaksud darat atau daratan. Suku kaum ini dikenal juga sebagai Ma’ Betisék. Masyarakat ini menuturkan bahasa daripada rumpun Astroasiatik dan mereka mendiami pesisir pantai negeri Selangor khususnya di Pulay Carey. Mengikut banci 1991, masyarakat ini berjumlah 1778 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
TEMIAR

TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas