Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.ti.men] | سينتيمن

Definisi : (séntimen) 1. perasaan yg berlebih-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatu; 2. emosi atau perasaan yg lembut dan halus yg mudah mengusik jiwa; 3. pandangan atau pendapat tentang sesuatu: kau yg mengapi-apikan ~ perkauman; kau terlalu lekas tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.ti.men] | سينتيمن

Definisi : /séntimen/ perasaan hati yg berlebih-lebihan terhadap sesuatu sehingga berlawanan dgn akal fikiran: Perkara ini hendaklah dibincangkan secara objektif, tidak dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentimen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perasaan, emosi, desak hati, gerak hati, kata hati, cita, manah, isi hati.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
RILEY, JAMES WHITCOMB

Riley, James Whitcomb (1849–1916) ialah

warganegara Amerika Syarikat yang terkenal

sebagai Pemuisi Hoosier . Dia banyak menulis puisi

dalam bahasa Inggeris asli tetapi puisinya yang

paling popular, ditulis dalam dialek tempat

lahirnya, Indiana. Ini termasuklah “When the Frost

is on the Punkin”, “Out to Aunt Mary’s” dan “Little

Orphan Annie”. Karya ini mengandungi unsur

jenaka ringan, kehibaan, dan sentimen. Puisi Riley

diterbitkan dalam beberapa koleksi, termasuk The

Old Swimmin’-Hole, dan Leven More Poems (1883),

Rhymes of Childhood (1890), Poems Here at Home

(1893), dan Book of Joyous Children (1902).

UMUM 
PERISTIWA 13 MEI

PERISTIWA 13 MEI, rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, akibat sentimen perkauman yang ketara dalam politik Malaysia.  Peristiwa ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969.  Pilihan raya umum Semenanjung Malaysia diadakan pada 10 Mei 1969, manakala pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak dijadualkan diadakan dalam masa dua hingga empat minggu selepas itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas