SENTIMETER | Sentimeter ialah ukuran panjang dalam sistem pengukuran metrik. Simbol untuk sentimeter ialah cm . Satu sentimeter bersamaan satu per seratus meter. Satu sentimeter bersamaan dengan 0.3937 inci. Untuk mengubah sentimeter kepada inci, darabkan dengan 0.3937. Lihat juga Sistem metrik. | UMUM | |
SERVAL | Serval ialah kucing liar yang besar yang hidup di Afrika, dari Tanjung Harapan ke utara hingga ke Senegal dan Sudan. Serval jantan panjangnya dari 90 sentimeter hingga 120 sentimeter dan tingginya 45 sentimeter hingga 60 sentimeter pada paras bahu. Ia mempunyai ekor sepanjang 30 sentimeter dan telinga yang besar. | UMUM | |
LIK | Lik ialah sayur yang berkaitan dengan bawang. Tumbuhan lik mempunyai banyak daun leper yang bersambung di pangkalnya untuk membentuk batang yang tebal. Batang lik lebarnya 2.5 sentimeter hingga lima sentimeter, dan panjangnya 10 sentimeter hingga 20 sentimeter. Batangnya adalah bahagian yang boleh dimakan, rasanya seperti rasa bawang. Lik dimakan mentah, dimasak, atau digunakan sebagai perisa untuk makanan lain. | UMUM | |
POLLOCK | Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu di Lautan Atlantik Utara . Pollock membesar sehingga antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang. Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan, bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai rahang bawah yang memanjang keluar. | UMUM | |
SPOT | Spot ialah ikan yang popular untuk aktiviti memancing. Ikan ini panjangnya berbeza-beza dari 15 sentimeter hingga 25 sentimeter dan beratnya lebih kurang 0.2 kilogram. Spot ini berwarna keperakan di bahagian atasnya dan kebiruan di bahagian bawahnya, dengan satu tompok kecil berwarna gelap di bahunya. Di sebelah atasnya terdapat 12 jalur hingga 15 jalur berwarna kekuningan. Ikan ini ditangkap di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk Mexico di Amerika Utara. Ia mempunyai nilai komersil yang tinggi sebagai makanan. Pengelasan saintifik. Spot tergolong dalam famili drum, Sciaenidae. Ia adalah Leiostomus xanthurus. | UMUM | |
SHEARWATER | Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater berwarna perang atau hitam kekelabuan. Sesetengah spesies mempunyai perut putih. Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit, dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian, tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil. | UMUM | |
TIMOTI | Timoti juga dikenali sebagai rumput meadow , ialah rumput yang ditanam terutamanya untuk dijadikan rumput kering. Ia tumbuh berumpun lebih kurang 50 sentimeter hingga 100 sentimeter tingginya. Batangnya yang kurus, daunnya mempunyai spika bulat pada bunga yang kecil, padat. Timoti adalah tumbuhan musim sejuk yang berasal dari utara Eropah dan Asia. | UMUM | |
TELUKI | Teluki ialah bunga yang tinggi, berwarna-warni banyak bunganya. Ia berkaitan dengan kumpulan bunga yang dikenali sebagai pink . Tinggi teluki dari 30 sentimeter hingga 90 sentimeter, dan bunganya berwarna samar, ungu, merah, putih atau kuning. | UMUM | |
TANAGER | Tanager ialah nama biasa yang diberi kepada subfamili burung di Amerika, yang banyak daripadanya mempunyai bulu berwarna merah terang, biru atau hijau. Burung ini panjangnya dari 15 sentimeter hingga 20 sentimeter, dan biasanya didapati di hutan, tempat ia memakan serangga, buah dan bunga. | UMUM | |
SISAL | Sisal ialah nama dua tumbuhan tropika yang mempunyai daun bak pedang yang menghasilkan serat yang berharga. Tumbuhan ini, henequen dan sisalana, menghasilkan serat yang sepanjangnya 50 sentimeter hingga 130 sentimeter, yang digunakan terutamanya untuk membuat tali pintal. Sisalana menghasilkan serat yang lebih kuat daripada henequen. Henequen ditanam di Cuba, El Salvador, dan Mexico, sementara sisalana ditanam di timur Afrika, Brazil, Haiti, dan Jawa. Sisal juga dikenal sebagai hem sisal. | UMUM | |