Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nu] | سنو

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), terembesi, tutup awu, Pipturus incanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENU ABDUL RAHMAN, TAN SRI

SENU ABDUL RAHMAN, Tan Sri (1919-    ), ahli politik. Dia lahir pada 10 Oktober 1919 di Jitra, Kedah.   Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Kampungnya pada tahun 1927.  Selepas tamat pendidikan sekolah Melayu, Senu menjadi guru pelatih selama setahun.  Kemudian dia dipilih mengikuti latihan perguruan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Perak.  Selepas tamat, Senu balik ke Kedah untuk mengajar (1939-1941).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESATUAN MELAYU KEDAH

KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Ke­satuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas