KACA MATA | Kaca mata ialah sepasang kanta yang dipasang pada bingkai dan dilekapkan di hadapan mata. | UMUM | |
OVARI | Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang organ seks wanita yang menyimpan dan mengeluarkan telur. Ovari juga merembes estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira- kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen. | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |
TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
TIUB FALOPIO | Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum atau salur tiub uterus adalah satu daripada sepasang organ pembiakan perempuan tempat telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem pembiakan manusia; gambar). | UMUM | |
TESTOSTERON | Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang merangsangkan perkembangan jantina lelaki. Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan androgen. | UMUM | |
YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang “penyepit” yang tegap. | UMUM | |
KOORDINAT | Koordinat ialah sepasang nombor yang digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di atas satah atau ruang. | MATEMATIK | Konsep |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
SEPIT | Sepit , juga dikenali sebagai penyepit, ialah perkakas yang digunakan di banyak negara Asia untuk memakan atau menghidangkan makanan. Kebanyakan makanan di negara-negara ini disajikan dalam ketul-ketul kecil, yang mudah dikendalikan dengan sepasang sepit. Nama Cina bagi sepit ialah kuaizi , iaitu permainan kata kuai , yang bermakna pantas dan juga ketul kecil. Perkataan Inggeris chopstick bagi sepit mungkin berasal daripada bahasa Inggeris pijin, iaitu dialek yang digunakan oleh pedagang awal di China. Chop bermakna pantas dalam bahasa Inggeris pijin. | UMUM | |