Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki

sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan

pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan

hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas

semua sumber minyak dan gas Malaysia,

mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak

penubuhannya, PETRONAS telah

mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha

eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan

kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan,

pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran

petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di

peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai

kepentingan perniagaan di lebih daripada 30

buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002,

kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak

syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik

sebahagian dan 45 syarikat usaha sama.

UMUM 
ASTRO

Institusi yang berkaitan dengan komunikasi yang dikendalikan sepenuhnya menggunakan sistem digital

TEKNOLOGIInstitusi/Organisasi
BUTA

Buta ialah ketidakupayaan untuk melihat

sepenuhnya atau separa.

UMUM 
SANGHAMerupakan nama yang diberikan kepada penempatan pengikut agama Buddha yanghidup bersama dan mengikut sepenuhnya ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupan seharian mereka.AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
APULEIUS, LUCIUS

Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu-

satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam

bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau

Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The

Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan

seorang pemuda bernama Lucius yang telah

bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak

sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh

dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa

cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah

cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ).

UMUM 
AMNESIA

Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau,

dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering

lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa

berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia

mempunyai jurang besar dalam ingatannya.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
PUPA

Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam

metamorfosis (perkembangan) kebanyakan

serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva

makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat

Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa,

satu bentuk sementara yang membolehkan

struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa

muncul dengan memecahkan “kulit” pupa.

Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua

hari, atau sehingga satu tahun atau lebih,

bergantung pada spesies. Peringkat ini

membolehkan sesetengah serangga dewasa,

seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri

yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia

juga membolehkan sesetengah serangga yang

berkembang mengelakkan kepanasan dan

kesejukan yang melampau, kebuluran, dan

kemarau.

UMUM 
STONE, EDWARD DURELL

Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek

Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya.

Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang

termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh

hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk

perlindungan daripada matahari. Banyak antara

bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk

pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar

Amerika Syarikat.

UMUM 
123456

Kembali ke atas