MAKHLUK ANGKASA | Makhluk angkasa merujuk kepada kehidupan atau makhluk cerdik yang berasal dari tempat yang lain selain bumi. Makhluk seperti ini belum pernah dijumpai. Walaupun begitu, kajian tertentu, termasuk kajian kosmologi (sejarah alam semesta) dan kajian fosil dan geologi di bumi telah menyebabkan ramai ahli sains percaya bahawa kehidupan atau makhluk seperti ini mungkin wujud. | UMUM | |
NEGARA MEMBANGUN | Negara membangun ialah negara miskin dan negara yang “tidak berada”. Negara seperti ini pernah dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah negara membangun dan negara kurang membangun . Lazimnya negara sedang membangun mengalami kekurangan bahan makanan, kurang sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk seorang individu) KNK, iaitu – KNK dibahagikan dengan jumlah penduduk. | UMUM | |
PLATFORM BATUAN ZON LITORAL | Platform batuan zon litoral ialah platform batuan di sepanjang persisiran pantai. Platform seperti ini adalah ciri-ciri biasa di pinggir pantai Australia dan New Zealand. | UMUM | |
RETAINER | Retainer ialah satu perjanjian yang formal antara seorang peguam dengan klien yang peguam itu bersetuju untuk mengambil kes klien itu. Perjanjian seperti ini dikenali sebagai retainer khas . | UMUM | |
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS | Pertempuran Muktamad Lima Belas merupakan pertempuran yang mempunyai kesan dan makna yang hebat sehingga ia mengubah sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya dikenali sebagai pertempuran muktamad atau penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian telah berlaku. | UMUM | |
ANGKASAWAN | Angkasawan ialah orang yang memandu pesawat angkasa atau orang yang bekerja di angkasa. Di Rusia dan bekas republik Soviet yang lain, orang seperti ini dinamakan kosmonaut. | UMUM | |
MAHKAMAH KANGGARU | Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini selalunya mengetepikan prinsip undang-undang dan keadilan serta mengenakan hukuman yang tidak adil dan keterlaluan. | UMUM | |
LIGNOKAINA | Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu. Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat. Lignokaina digunakan di dalam pembedahan dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina digunakan juga untuk merawat denyutan jantung yang tidak normal. | UMUM | |
METADON | Metadon ialah dadah yang digunakan dalam program percubaan yang bertujuan untuk membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap dadah seperti heroin, morfin atau candu. Kebanyakan program seperti ini juga meliputi kaunseling untuk membantu penagih mengatasi masalah psikologi, sosial dan pekerjaan. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |