SERA | Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus, tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu. Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada waktu senja. | UMUM | |
TAR | Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat, berminyak, berwarna perang tua atau hitam. Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses penukaran bahan organik seperti batu arang, petroleum atau kayu menjadi keluaran perindustrian yang berguna. | UMUM | |
SILIKAT | Silikat ialah mana-mana kumpulan mineral yang mengandungi silikon, oksigen, dan satu atau lebih unsur logam. Silikat membentuk kira-kira 95 peratus daripada kerak bumi. Seperti kebanyakan batu-batu, tanah terdiri daripada kebanyakannya silikat. | UMUM | |
RIKETSIA | Riketsia adalah mana-mana satu daripada sekumpulan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit berjangkit tertentu pada manusia. Riketsia pernah dikelaskan sebagai virus tetapi kini dianggap sebagai sejenis khas bakteria. Ia berbeza daripada kebanyakan bakteria dengan dua cara. Ia lebih kecil, dan seperti virus, ia tidak boleh membiak di luar sel hidup. | UMUM | |
TEATREE | Teatree adalah mana-mana satu daripada kira-kira 50 jenis pokok renek berkayu atau pokok kecil yang tumbuh di Australia dan New Zealand. Satu jenis pokok ini digunakan oleh penjelajah British, James Cook sebagai tumbuhan “teh”. Bunga teatree kembang dan kelihatan seperti ros. Ia biasanya berwarna putih atau samar. Teatree ditanam dan sesetengah jenis tumbuhan ini telah banyak dikacukkan (dibiakkan dengan jenis lain). Pengelasan saintifik. Teatree tergolong dalam famili Myrtaceae. Ia membentuk genus Leptospermum . | UMUM | |
PETUNIA | Petunia adalah mana-mana satu daripada sekumpulan herba yang terutamanya berasal dari Argentina dan Brazil. Ia ditanam dengan meluas di negara-negara lain sebagai bunga taman tahunan. Tumbuhan petunia diliputi bulu halus. Pekebun menghargai petunia kerana bunganya yang cantik berbentuk corong, besar, lembut dan licin seperti baldu. Sesetengah jenis mempunyai satu siri kelopak dan jenis yang lain mempunyai dua siri kelopak. | UMUM | |
DOGTOOTH VIOLET | Dogtooth violet ialah mana-mana satu daripada sekumpulan lebih kurang 30 tumbuhan dalam famili lili yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara. Tumbuhan ini dinamakan demikian kerana bebawangnya yang kecil, runcing berwarna putih kelihatan seperti gigi anjing. | UMUM | |
TIFUS | Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . | UMUM | |
SIPRES | Sipres adalah mana-mana satu daripada sekumpulan pokok dan pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Terdapat kira-kira 13 spesies sipres. Sipres mudah sesuai dengan iklim panas dan ia biasanya ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Daunnya kecil, bak sisik yang tumbuh bertangkai lebat berbentuk kipas tangan. Konnya yang berbentuk glob diselaputi sisik berkayu yang kelihatan seperti perisai kecil. Kayunya berwarna perang cerah, tahan lama dan berbau kuat seperti bau sedar. | UMUM | |
SURAH AL-FAJR | Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil”. (Surah al-Fajr 89:1–3) | UMUM | |