Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. |