SEPTEMBER | September ialah bulan kesembilan dalam setahun menurut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar lama Rom purba dan namanya berasal daripada perkataan Latin, Septem yang bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi bulan kesembilan apabila orang Rom purba menggerakkan permulaan tahun mereka dari 1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai 29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja Rom Augustus. | UMUM | |
RAZALI ISMAIL, TAN SRI | Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996 hingga September 1998. Dia ialah orang keempat dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan tersebut dalam masa 52 tahun semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada tahun 1945. | UMUM | |
PERJANJIAN MUNICH | Perjanjian Munich diluluskan pada bulan September 1938 di Munich, Jerman. Dengan Ini, Great Britain dan Perancis menerima tuntutan Jerman untuk mendapatkan beberapa buah kawasan di Czechoslovakia. Persetujuan tersebut melibatkan kawasan Sudetenland di Czechoslovakia yang mempunyai 800 000 orang Czech dan 2 800 000 orang yang berketurunan Jerman. | UMUM | |
MICHAELMAS | Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada 29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja England, dan pada 8 November di gereja Greek, Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai memperingati Saint Michael yang digelar ‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M. Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik. Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan Cambridge. | UMUM | |
PERES, SHIMON | Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai perdana menteri Israel dari bulan September 1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun 1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kedamaian antara Israel dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres, Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah. | UMUM | |
PERIKATAN SUCI | Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang ditandatangani di Paris pada bulan September 1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua orang penandatangan pertama ialah Francis I, Maharaja Austria dan Raja Frederick William III dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki menandatangani perikatan itu. | UMUM | |
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH | Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979) ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21 September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong yang keempat pada 21 September 1965 hingga 21 September 1970. | UMUM | |
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) | Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan pada bulan September 1990 melalui satu usaha perbadanan dan penswastaan oleh Kerajaan Malaysia. Perbadanan ini diletakkan di bawah Jabatan Bekalan Elektrik di bawah Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, Malaysia. TNB bermula dengan penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949 dan ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1965. | UMUM | |
SHAMIR, YITZHAK | Shamir, Yitzhak (1915 – ), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari bulan Oktober 1983 hingga September 1984 dan dari bulan Oktober 1986 hingga Julai 1992. | UMUM | |
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL- | Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361 H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September 1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera Diraja St Hurst. | UMUM | |