DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA | Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational Standard Book Number) ialah sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN, memudahkan proses memesan buku. Penjual buku, pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan jumlah buku yang besar boleh menghantar dan menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN. | UMUM | |
SISTEM PERPULUHAN | Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai yang sama sekali berbeza dalam nombor 832 berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai. | UMUM | |
MINYAK PETITGRAIN | Minyak petitgrain ialah minyak kuning yang dibuat daripada daun, ranting dan buah daripada pokok oren pahit. Ia digunakan untuk membuat minyak wangi. Paraguay membekalkan kira-kira tujuh per sepuluh daripada minyak petitgrain di dunia. Petitgrain bigarade, iaitu minyak yang lebih berharga daripada minyak petitgrain, dibuat daripada sejenis lagi pokok oren pahit. Petitgrain birgarade dikeluarkan di negara-negara Mediterranean. Lihat juga Oren. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
METER ELEKTRIK | Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam, amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam. Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik menyambungkan meter kepada talian yang membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat berdasarkan bacaan ini. | UMUM | |
KUMBAHAN | Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga mengandungi tanah dan air larian permukaan yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit. | UMUM | |
PERISAI KANADA | Perisai Kanada ialah kawasan besar dan berbatu yang melengkung di sekeliling Teluk Hudson . Bentuknya seperti ladam kuda gergasi. Perisai ini merangkumi separuh daripada kawasan bumi di Kanada. Ia termasuk kebanyakan Pulau Baffin, semua kawasan Labrador, sembilan per sepuluh Quebec, lebih separuh Ontario dan Manitoba , dan sebahagian besar Saskatchewan dan Wilayah Barat Laut. | UMUM | |
DISEMBER | Disember ialah bulan yang ke-12 dan terakhir dalam satu tahun, mengikut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. Disember ialah bulan yang ke-10 dalam kalendar awal orang Rom dan nama Disember berasal daripada perkataan Latin, decem yang bermaksud sepuluh. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |