Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ram] | سرم

Definisi : 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, me­nakut­­-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram] | سرم

Definisi : Pl makan dgn cepat-cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ram] | سرم

Definisi : 1 berdiri bulu roma kerana ketakutan dll; berasa ngeri; meremang: ~ bulu tengkukku mendengar cerita itu. 2 dpt menimbulkan rasa ngeri atau rasa takut: Kami terpaksa melalui sebuah lorong kecil yg gelap dan ~. filem ~. ~ sejuk berdiri bulu roma kerana sejuk, takut, ngeri dsb atau berasa spt hendak demam. menyeramkan menjadikan seram; menimbulkan rasa seram; menakutkan. keseraman keadaan seram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seram (adjektif)
Bersinonim dengan ngeri, gerun, gentar, kecut hati, seriau, takut, sengkak;,
Kata Terbitan : menyeramkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
KING, STEPHEN

King, Stephen (1947– ) ialah penulis

popular Amerika yang menulis cerita seram

dan ngeri. King ialah penulis cerita yang

plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan

ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang

menggerunkan daripada watak dan tempat moden

yang biasa.

UMUM 
KARLOFF, BORIS

Karloff, Boris (1887–1969) ialah pelakon British

yang terkenal dengan persembahan yang

menakutkan dalam filem seram Amerika.

UMUM 
SENDAK, MAURICE

Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi

Amerika dan penulis buku kanak-kanak.

Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan

imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia

memasukkan orang, peristiwa dan himpunan

semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif.

Sendak telah memenangi salah satu anugerah

Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun

1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The

Wild Things Are .

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
PULAU BURUPULAU BURU, pulau yang terletak di sebelah barat Pulau Seram di kabupaten Maluku, Propinsi Maluku, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan lebih daripada 9000 km dan merupakan pulau ketiga terbesar selepas Pulau Halmahera dan Pulau Seram. Pulau ini mempunyai tiga kecamatan, iaitu Buru Selatan, Buru Utara Barat dan Buru Utara Timur. Penduduk pulau ini adalah suku bangsa Buru yang merupakan kelompok etnik. Selain orang Buru, di pulau ini terdapat suku bangsa Galela dan Sulu yang kebanyakannya tinggal di kawasan pantai. Seperti penduduk Kepulauan Maluku lainnya, suku bangsa ini biasa disebut Orang Alfuru. Penduduk Pulau Buru, terutama yang tinggal di sekitar pantai, umumnya memeluk agama Islam. Hal ini berkaitan dengan pengaruh Kesultanan Ternate yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Maluku.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANGLUNG LABU

Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan

kepada labu kosong yang mata, hidung, dan

mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu

biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari

Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu

ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang

seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini

juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap

bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah

berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai

tanglung labu.

Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen.

UMUM 
BANGGAI

BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun     1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas