PERTEMPURAN GETTYSBURG | Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral George G. Meade yang mengetuai tentera Utara (Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua- dua pasukan bersenjata bertempur secara kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg, Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila briged gabungan menyerang pasukan berkuda Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai. | UMUM | |
MORAVIA | Moravia ialah sebuah kawasan geografi di Republik Czech. Kawasan tersebut meliputi 26 097 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai empat juta orang. Brno ialah bandar terbesar di Moravia dan kedua terbesar di Republik Czech. Hanya Prague mempunyai lebih ramai penduduk daripadanya. Dalam bahasa Czech, Moravia dikenali sebagai Morava. | UMUM | |
SAKHALIN | Sakhalin ialah pulau panjang yang terletak di luar pantai timur Siberia. Panjangnya lebih kurang 970 kilometer dan lebarnya dari 26 kilometer hingga 160 kilometer. Penduduknya seramai 709 000 orang dan luasnya 76 300 kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik). | UMUM | |
PULAU ELLESMERE | Pulau Ellesmere terletak di utara Greenland. Ia meliputi kawasan seluas 196 236 kilometer persegi dan pulau yang ke-10 besarnya di dunia. Ia mempunyai penduduk seramai 106 orang yang tinggal di beberapa petempatan. | UMUM | |
OKINAWA | Okinawa ialah pulau yang terbesar dan terpenting di Kepulauan Ryukyu, lingkaran pulau di Lautan Pasifik Utara. Okinawa meliputi kawasan seluas 1434 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 1 048 298 orang. Naha, ibu negeri dan bandar terbesar di Kepulauan Ryukyu, terletak di Okinawa. Okinawa ialah pulau yang terbesar di prefecture (daerah) Okinawa Jepun. Daerah ini turut meliputi Kepulauan Ryukyu selatan. Hampir kesemua penduduk daerah ini tinggal di Okinawa. | UMUM | |
HAWARIYYUN | Hawariyyun, perkataan yang merujuk kepada sekumpulan sahabat seramai 12 orang yang dilantik sebagai wakil penduduk Madinah dalam Perjanjian Aqabah. | AGAMA | Konsep |
SAMOS | Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. | UMUM | |
SALAMIS | Salamis ialah pulau Yunani berbentuk ladam di Teluk Saronik, kira-kira 16 kilometer ke barat Athens (lihat Greece [peta]). Ia meliputi kawasan seluas 95 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai kira-kira 28 500 orang. Kebanyakan kawasan ini berbatu-batan dan bergunung-ganang. Kebanyakan penduduknya adalah orang Albania. Salamis juga dikenali dengan nama modennya Kuluri, bermaksud bulan sabit terbakar. | UMUM | |
MEXICO CITY | Mexico City ialah ibu negara Mexico dan salah satu daripada bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada lapan juta penduduk tinggal di Mexico City. Kawasan metropolitannya menampung seramai 15 juta penduduk. Mexico City merupakan bandar utama antara kawasan pusat bandar dunia yang paling pesat penduduknya (lihat Bandar raya: [jadual: bandar terbesar di dunia]). Bandar ini merupakan pusat perdagangan, pengajian tinggi, industri, kebudayaan, dan pengangkutan. | UMUM | |
SEMENANJUNG SINAI | Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain. | UMUM | |