Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan, kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater. Manhattan mempunyai penduduk seramai 1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan air pedalaman. Pulau ini membentuk borough (daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima borough New York . Sungai East ialah sempadan timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya. Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan pulau ini dengan borough lain dan New Jersey. |