Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) ki sesuatu dasar, program, dsb yg mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dsb; b) prb orang yg menyebelahi dua pihak yg berlawanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
serampang
1. Rujuk senjata

2. Bersinonim dengan garpu makan.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YAYASAN PELABURAN BUMIPUTERAYAYASAN PELABURAN BUMIPUTERA, sebuah institusi pelaburan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia.  Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Januari 1978 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn, pada 14 April 1978.  Penubuhan yayasan ini khusus untuk menggembleng tabungan bumiputera bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka dalam sektor ekonomi moden untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.  YPB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Permodalan nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), menjadi alat penting bagi pelaksanaan matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum menurut fungsi ekonomi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SERAMPANG

SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar.  Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula).   Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan.  Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas