Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~; menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur rancangan utk ~ pihak musuh; serangan hendap serang hendap; penyerang hendap pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = serangan hendap serangan atau serbuan terhadap pihak lain atau musuh, yg dibuat dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu buat beberapa ketika. menyerang hendap menyerang pihak lain atau musuh dgn tiba-tiba setelah meng­hendap dan menunggu buat be­berapa ketika: Pasukan per­tahanan akan ~ pihak musuh. penyerang hendap orang atau pihak yg melakukan serang hendap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
KOMANDO

Komando ialah istilah Inggeris bagi askar yang

dilatih untuk mengambil bahagian dalam operasi

serang dan lari atau operasi serang hendap yang

khusus.

UMUM 

Kembali ke atas