Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.kai] | سرڠکاي

Definisi : sama atau satu rangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORKESTRA RTM

ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama.

BUDAYAKegiatan
KITA

KITA, pertubuhan politik pada zaman Jepun. KITA ialah singkatan Gerakan Kiri Tanah Air. KITA ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestaman. Kepimpinan KITA dikenali sebagai “Empat Serangkai’, dengan diketuai oleh Ahmad Boestaman serta Zulkifli Ownie, Mokhtar Bakri dan Haji Ramli Said. Mereka selalu berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan cerita dan rahsia, dan kod nama mereka ialah KITA. Dengan cara begitu pihak Jepun tidak dapat mengesyaki pengintipan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 

Kembali ke atas