Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.rang.kap] | سرڠکڤ

Definisi : 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.rang.kap] | سرڠکڤ

Definisi : 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap2
Kata Terbitan : serangkap, berangkap, berangkap-rangkap, merangkapkan,

Peribahasa

Seliang bagai tebu,
     serumpun bagai serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIRSYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea.SASTERAKonsep
TALIBUN

TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri.  Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima.  Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

SASTERAKonsep
NAZAM

NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan.

SASTERAAdat
SELOKA

SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap.  Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
RUBAI

RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab.  Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam.  Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.  Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam.  Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.

SASTERAKonsep
SINGGORA

SINGGORA, kerajaan Melayu Islam yang pernah wujud pemerintahannya selama beberapa ratus tahun di selatan Thailand.  Kini, ia merupakan salah sebuah wilayah Melayu-Islam dan lebih dikenal dengan sebutan Siam sebagai Songkhla.  Sejarah awalnya dikaitkan dengan sebuah tempat yang dipanggil Chih’tu atau Tanah Merah dalam catatan tradisi awal China pada abad ke-6 M. dan abad ke-7 M.  Singgora juga disebut dengan berbagai-bagai nama dan ejaan seperti Singor, Sangora, Sanjura, Senggora, Sung-kra dan Sung-k’a.  Sejarah Melayu merakamkan serangkap pantun mengenai Singgora.  “Telur itek dari Singgora”.  Namun begitu, seperti juga nasib negeri-negeri Melayu yang lain di utara Semenanjung Tanah Melayu yang menerima pengaruh penjajahan Siam, nama Singgora dan budaya Melayunya semakin luput.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas