Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seratnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMI

Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam

terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan

ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan.

Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang

paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis

rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal

dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar

berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan

berbulu di bahagian bawah. Penanam akan

menanam akarnya, yang membesar menjadi

tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan.

Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter

tingginya.

UMUM 
PAPIRUS

Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya

digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan

tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk

membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu

kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung

bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai

orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa

menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada

papirus.

UMUM 
KEKAPILARIAN

Kekapilarian ialah kecenderungan cecair

bergerak ke dalam saluran halus bak rerambut.

Saluran ini yang dikenali sebagai kapilari, wujud

pada bahan berliang. Tuala kertas, misalnya,

mengandungi berjuta-juta kapilari di antara

seratnya. Saluran ini menyerap air melalui

kekapilarian.

UMUM 
ARKWRIGHT, SIR RICHARD

Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah

pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769,

dia telah mendapatkan

paten untuk sebuah mesin

pemintal benang yang

dinamakan kerangka air

kerana alat tersebut

dijalankan oleh kuasa air.

Mesin itu dipusingkan

oleh beberapa set

penggelek yang bergerak

pada kelajuan yang

berlainan untuk menarik

kapas daripada mesin

penyisir dan meluruskan

seratnya. Kemudian, kapas

itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang.

Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh

kerangka air adalah keras, liat dan kasar.

Arkwright dan dua pekilang lain mula membina

kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses

pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik,

peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses

sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan

belajar pada waktu malam untuk menyambung

semula alam persekolahannya yang tercicir.

UMUM 
MESIN BUSAR KAPAS

Mesin busar kapas ialah mesin untuk

membuang biji dari serat kapas. Ramai orang

percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah

menghasilkan mesin busar kapas yang pertama.

Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang

ringkas mula digunakan di India pada zaman

dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu mesin

busar penggelek , telah tiba di Koloni Amerika

menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney

mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat

untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin

busar kapasnya membantu menjadikan kapas

UMUM 
ASBESTOS

Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral

bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai

banyak sifat yang menjadikannya berharga dari

segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau

tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik.

Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh

kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika

banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan

bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh.

Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia

berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke

udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai

dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah

hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan

penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan

dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini

biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja

menangani asbestos.

UMUM 
NETEL

Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa.

Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan

sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh

bertentangan satu sama lain pada batang,

dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel

mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal

keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia.

Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak

seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein

yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak

zaman dahulu. Netel berbisa di Eropah dan

Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang

daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat,

kasar.

Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili

netel, Urticaceae. Ia membentuk genus Urtica . Netel

berbisa ialah U. dioica.

UMUM 

Kembali ke atas