PERANG SERATUS TAHUN | Perang Seratus Tahun (1337–1453) berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan antara England dengan Perancis ini sebenarnya terdiri daripada serangkaian perang merebut takhta yang diselang-seli oleh perdamaian sementara dan perjanjian. Perang ini bermula dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut juga disebabkan beberapa perkara lain. | UMUM | |
PERTEMPURAN CRÉCY | Pertempuran Crécy ialah pertempuran penting yang pertama dalam Perang Seratus Tahun. Pertempuran ini berlaku pada tahun 1346 di tapak bandar Crécy, kini di bahagian Somme Perancis. | UMUM | |
PERTEMPURAN AGINCOURT | Pertempuran Agincourt berlaku pada tahun 1415 antara tentera Inggeris dengan tentera Perancis berhampiran perkampungan Agincourt, di utara Perancis. Pasukan tentera Inggeris hanya mempunyai 13 000 tentera, tetapi merupakan angkatan tentera yang cukup terlatih dan mempunyai senjata yang paling lengkap sejak angkatan tentera Rom. Askar pemanah dan askar bertombak yang dibantu oleh sebilangan pasukan askar berkuda berjaya menewaskan kira-kira 50 000 askar Perancis. Pertempuran ini menandakan kejayaan besar yang ketiga bagi Inggeris dalam Perang Seratus Tahun. | UMUM | |
LONG JAAFAR | LONG JAAFAR ( ? -1858), pentadbir daerah Larut, Krian dan Bagan Tiang, Perak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Jaafar dipercayai daripada keturunan Aceh, yang pernah memerintah Perak hampir lebih kurang seratus tahun pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Long Jaafar ialah cucu Pandak Jamaluddin, Orang Besar Enam Belas Perak yang pertama dengan gelaran Dato’ Paduka Setia, dan anak Alang Allaidin, Orang Besar Lapan. Long Jaafar mula dikenal pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Muazzam Shah (m.m. 1819-1930) memegang jawatan Dato’ Panglima Bukit Gantang dan berkahwin dengan sepupunya, Ngah Pura, anak Dato’ Alang Alaidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SOU | Sou ialah duit syiling kecil dalam sistem kewangan Perancis. Nilainya lima centime (satu per seratus daripada satu franc). Duit ini tidak digunakan lagi sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945. | UMUM | |
PERTEMPURAN POITIERS | Pertempuran Poitiers ialah nama bagi tiga peristiwa. Pertempuran paling penting telah berlaku pada tahun 1356, berhampiran sebuah bandar bernama Poitiers di Perancis. Kemenangan tentera Inggeris yang terkenal dalam Peperangan Seratus Tahun berpunca dari Pertempuran Poitiers. Tentera Inggeris telah diketuai oleh Edward ‘ Putera Hitam’ dari England. Raja John II dari Perancis telah mengetuai tentera negaranya. | UMUM | |
SENI BINA MELAYU | SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja. Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah. | BUDAYA | Disiplin Ilmu |