SUMAZAU | Kapsyen1"> :1"> Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SUSUK | Kapsyen1"> ;1"> Cara pemakaian susuk SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional. | BUDAYA | Alat/Alatan |
POLECAT | Polecat ialah mamalia kecil yang tergolong dalam famili weasel. Terdapat tiga spesies polecat iaitu: (1) Polecat Eropah yang terdapat di seluruh Eropah (2) polecat steppe yang terdapat di dataran Asia Tengah (3) polecat marmar yang terdapat di padang rumput kering di tenggara Eropah hingga ke barat China. Skunk Amerika Utara sering dinamakan polecat kerana tabiatnya yang hampir sama dengan tabiat polecat Eropah. | UMUM | |
RHEA | Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai <i> burung unta Amerika Selatan i> . Tetapi, burung ini mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki, manakala burung unta mempunyai dua jari kaki. Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya lebih kurang 25 kilogram. | UMUM | |
SOTONG KATAK | Sotong katak ialah <i>moluska i>(haiwan lembut tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam, tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna. Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip beropol. | UMUM | |
SENDUDUK | SENDUDUK (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Malastoma malabathricumI> daripada famili <I style="mso-bidi-font-style: normal">Melastomataceae)I>, pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
NAHMAR JAMIL | NAHMAR JAMIL (1938- ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun.1"> | SASTERA | Tokoh |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah <I>Waktu I> dan <I>Pelangi I> di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah <I>Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.I> Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah <I> Datang Malam I>(1963). Sedangkan novelnya pula ialah <I>Penakluk Ujung DuniaI> (1964) dan <I>Tanah KesayanganI> (1965). Cerita bersirinya yang berjudul <I>Pantai BaratI> menerima Hadiah Kedua majalah <I>Sastra I> (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |