RE | Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam pelbagai bentuk. Dewa matahari sering digambarkan sebagai sebuah cakera matahari yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan kucing. | UMUM | |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
ROTENON | Rotenon ialah bahan beracun yang diambil daripada akar tumbuhan derris dan cube. Ia sering digunakan dalam semburan taman kerana, ia beracun bagi haiwan berdarah sejuk, tetapi ia agak kurang berbahaya bagi haiwan berdarah panas. Pekebun sayur sering mennggunakan rotenon kerana racun ini membunuh serangga tetapi tidak memudaratkan manusia yang akan memakan sayur ini. | UMUM | |
METONIMI | Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan secara kiasan berbanding dengan secara harfiah. Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan metonimi. Apabila kita “turn on the light”, kita sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama kesan kepada sebab. | UMUM | |
PENYAKIT TUMBUHAN | Penyakit yang sering menyerang tumbuhan | PERTANIAN | Konsep |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
MAGNETOHIDRODINAMIK | Magnetohidrodinamik, sering kali disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang cara medan elektrik dan medan magnet bersaling tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan penting dalam pembinaan penjana kuasa dan sistem pendorongan yang menggunakan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari. Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya utara dan selatan). | UMUM | |
SINAR INFRAMERAH | Sinar inframerah, sering dinamakan sinar haba, menyerupai sinar cahaya, tetapi ia tidak dapat dilihat oleh mata kita. Sinar ini adalah suatu bentuk sinaran elektromagnet dan berkelakuan seperti sinar cahaya dari segi pemantulan dan pembiasan (lihat Cahaya [Pemantulan; Pembiasan]). | UMUM | |
RES IPSA LOQUITOR | Prinsip yang sering digunakan dalam undang-undang tort bagi kes kecuaian. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SCANDINAVIA | Scandinavia ialah nama yang sering diberikan kepada semenanjung di Norway dan Sweden. Walau bagaimanapun, Scandinavia sebenarnya merujuk kepada negara tempat tinggal orang Scandinavia. Negara tersebut termasuk Denmark, Norway, dan Sweden. Negara-negara ini termasuk Finland dan Iceland membentuk Norden . Negaranegara Norden selalu menimbulkan kekeliruan dan dirujuk sebagai Scandinavia. | UMUM | |