PIAWAI EMAS | Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah negara menjadi pengguna piawai emas apabila menerima tukaran wang asing yang ditawarkan dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi, mengawal perbelanjaan kerajaan, dan menstabilkan kadar tukaran wang asing di kalangan negara yang menggunakannya. Kelemahannya pula ialah menghalang penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa. | UMUM | |
TENAGA BURUH | Tenaga buruh ialah sebahagian daripada penduduk sesebuah negara yang bekerja untuk mendapatkan gaji atau mencari kerja secara aktif. Tenaga buruh menghasilkan kebanyakan barang dan perkhidmatan sesebuah negara. Saiz dan produktivitinya membantu menentukan pertumbuhan ekonomi negara. | UMUM | |
KONSUL | Konsul ialah pegawai yang dilantik oleh kerajaan sesebuah negara untuk berkhidmat mengawasi kepentingan perdagangan dan kebudayaan negaranya di sesebuah bandar di negara lain. | UMUM | |
TIANG SAMBUT | Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit, dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat daripada konkrit. | UMUM | |
OLIGARKI | Oligarki adalah sebarang jenis kerajaan yang kuasanya dipegang oleh beberapa orang sahaja. Oligarki boleh didapati dalam beberapa bentuk. Sesebuah republik mungkin merupakan oligarki jika hanya segelintir orang yang mempunyai hak mengundi. Sesebuah aristokrasi, yang pemerintahnya datang daripada anggota komuniti yang “terbaik”, juga merupakan satu bentuk oligarki (lihat Aristokrasi). Dalam kebanyakan oligarki, kumpulan yang memerintah mempunyai kuasa melalui kekayaan atau kuasa tentera. | UMUM | |
TANAH JAJAHAN HUKUMAN | Tanah jajahan hukuman ialah petempatan di luar sesebuah negara tempat negara tersebut memenjarakan para banduan. Dari tahun 1500-an hingga pertengahan tahun 1900-an, banyak negara Eropah menggunakan tanah jajahan hukuman untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan untuk membuang banduan ke tempat yang jauh. Kadang-kadang banduan ini digunakan sebagai buruh untuk membangunkan sumber alam sesebuah tanah jajahan. | UMUM | |
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) | Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara sepanjang sesuatu tempoh. Ia merupakan salah satu ukuran paling meluas digunakan bagi melihat prestasi ekonomi keseluruhan sesebuah negara dalam satu tahun. | UMUM | |
PENENTUAN SENDIRI | Hak sesebuah negara untuk menentukan sendiri dasar-dasarnya. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
PERAIRAN DALAMAN | Kawasan perairan sesebuah negara menurut undang-undang antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |