SILIKOSIS | Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit silikosis – banyak berlaku terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan, pelombong, dan pekerja yang menghasilkan barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas. | UMUM | |
RESIT | Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . | UMUM | |
TELEPATI | Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. | UMUM | |
DARJAH KECERDASAN ATAU IQ, | Darjah kecerdasan atau IQ, ialah nombor yang digunakan untuk menunjukkan kecerdasan seseorang. IQ seseorang berasaskan markah ujian kecerdasan yang dibandingkan dengan markah orang lain daripada ujian yang sama. | UMUM | |
ANARKISME | Anarkisme ialah kepercayaan bahawa setiap bentuk peraturan atau kerajaan adalah tidak bermoral, dan kekangan seseorang oleh seseorang lain ialah satu kejahatan yang mesti dihapuskan. Anarkisme berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna tanpa kerajaan. | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
PEWARISAN | PEWARISAN, pemindahan hak terhadap harta benda, jawatan dan kedudukan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, pewarisan harta benda atau jawatan boleh dibuat semasa seseorang masih hidup ataupun selepas dia meninggal dunia. Harta benda yang boleh diwariskan termasuklah tanah, rumah, barang kemas, harta-harta lain yang boleh dinilaikan dan barang-barang peribadi. Jawatan pula lebih merupakan jawatan simbolis lanjutan daripada struktur sosiopolitik Melayu tradisi. | BUDAYA | Konsep |
PERASAAN HATI | Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau pandangan hidup seseorang. Perasaan hati seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau kadangkala, dari waktu ke waktu. | UMUM | |
TAULIAH TENTERA | Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang memberikan pangkat kepada seseorang pegawai dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu diperbaharui. Istilah in commission apabila digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang telah bersedia untuk bertempur. | UMUM | |