| MURAL | Mural ialah gambar atau reka bentuk yang menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik. Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini dinamakan mozek. Rencana ini hanya membincangkan mural yang dilukis. | UMUM | |
| YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang “penyepit” yang tegap. | UMUM | |
| MAKAM | Makam ialah tempat menguburkan mayat. Sesetengah makam dibina dengan menebuk batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah. Manusia purba menggunakan makam untuk menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal akan datang mengunjungi makamnya. Mereka mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di dunia, untuk raja-raja mereka . | UMUM | |
| TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |
| ADDER | Adder ialah nama yang diberi kepada beberapa spesies ular di banyak tempat di dunia. Sesetengah ular ini berbisa dan sesetengahnya tidak. Ular kapak Eropah biasanya dinamakan adder di United Kingdom. Ia ialah satu-satunya ular berbisa di negara itu. Puff adder di Afrika ialah ular besar membawa maut yang badannya bercorak. | UMUM | |
| AMERIKA BRITISH | Amerika British, merujuk kepada bahagian utara dan selatan Amerika yang mempunyai hubungan politik dengan United Kingdom (UK). Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British, Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat, dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara merdeka yang menjadi sebahagian daripada Amerika British. Negara-negara seperti ini termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada, Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St. Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika British ialah anggota Negara-negara Komanwel. | UMUM | |
| ARUM | Arum ialah nama satu famili besar tumbuhan. Terdapat lebih daripada 2000 spesies arum. Kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika, tetapi sesetengahnya tumbuh di kawasan iklim sederhana. Kebanyakan arum beracun. Di dalam famili arum, kira-kira 12 spesies diketahui sebagai arum sebenar. | UMUM | |
| SWEET PEA | Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang tergolong dalam famili yang sama dengan famili kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih. Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama. Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya, everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom. Bunganya besar dan berwarna samar magenta. | UMUM | |
| OKTAHEDRON | Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain. Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai oktahedron sekata ialah polihedron cembung dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada sebarang segitiga sama sisi. | UMUM | |
| MONYET TUPAI | Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar. Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia bergerak pantas di atas pokok dan di tanah, mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia menggunakan ekor yang panjang sebagai pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang daripada satu kilogram. Monyet tupai kebanyakannya berwarna kuning atau kuning kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau perang kemerahan dengan warna keemasan atau hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya. Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet tupai). | UMUM | |