Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Kalau bangkai galikan kuburnya,
     kalau hidup sediakan buaiannya.

Bermaksud :

Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. ISMAIL SARBINI

MOHD. ISMAIL SARBINI (1950-    ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

SASTERATokoh
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

...”.

(Surah al-Rum 30:1–4)

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT

PENGAJIAN Melayu DI AMERIKA SYARIKAT, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pusat ini berkembang sesudah Perang Dunia Kedua.   Namun sebelum itu orang Amerika pernah menyumbang karya mereka dalam bidang pengajian Melayu.  Pengkaji Amerika pertama yang belajar bahasa Melayu ialah David Woodard yang ditawan di Sulawesi Tengah pada tahun 1793.  Laporan dan senarai kosa katanya diterbitkan di London pada tahun 1805.  Pada masa itu juga terdapat ramai pelaut Amerika yang lain terlibat dalam perdagangan lada hitam di Sumatera, dan surat mereka terkumpul dalam koleksi khusus di Amerika.

BAHASABahasa
SURAH AL-BAQARAH

Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada

surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 286 ayat. Surah ini dinamakan al-

Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat

terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani

Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak

dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara

ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda

dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu

Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.

supaya memerintahkan mereka menyembelih

seekor lembu betina dan memukul si mati dengan

sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah

S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu

mereka siapa pembunuhnya. Peristiwa ini menjadi

bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat

menghidupkan makhluk sesudah ia mati.

UMUM 

Kembali ke atas