SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU | SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam. Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M. Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M. tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit. Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu. Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah. Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi. Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. | BAHASA | Konsep |
NARWHAL | Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik. Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah narwhal, kebanyakannya narwhal betina mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang muda menggunakan taring masing-masing untuk bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang diketahui, narwhal dewasa tidak pernah menggunakan taringnya. Bagaimanapun, kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan. | UMUM | |
AHMAD ISMAIL | AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab. | SASTERA | Konsep |
AHMAD HAJI MUHAMMAD RASHID TALU | AHMAD HAJI MUHAMMAD RASHID TALU (1889-1939), penulis. Dia lahir di Lumut Lane, Pulau Pinang. Keluarganya berasal dari daerah Talu, Sumatera tetapi kemudiannya berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang setakat Darjah Tiga. Dia juga dikenal dengan nama Ahmad Talu sahaja. | SASTERA | Konsep |
MAHMUD WAHID | MAHMUD WAHID (1903 – 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey. | BUDAYA | Tokoh |
AMISH | Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau memegang jawatan awam. Doktrin mereka menghendaki mereka bertani dan menjalani kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet. Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan Mennonite (lihat Mennonite ). | UMUM | |
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA | PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta. Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu. Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |