Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.pa/] | ستاڤق

Definisi : 1. sebesar tapak tangan; 2. sepan­jang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg se­lama ini belum pernah bercerai dgn dia ba­rang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.pa/] | ستاڤق

Definisi : serambi atau langkan yg di rusuk rumah; ®tapak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.pa/] | ستاڤق

Definisi : 1 selebar atau sebesar tapak tangan. 2 jarak sepanjang tapak kaki. 3 selangkah: ~ demi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. SIDIN HAJI RASHAD, DATO'MOHD.  SIDIN HAJI RASHAD,  Dato’ (1895-1978), pemimpin masyarakat dan penulis. Dia lahir di Kampung Changkat, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Setapak sebelum  melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Melaka pada tahun 1907. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KHATIB KOYAN ABDULLAH

KHATIB KOYAN ABDULLAH, (   ?   -   ?   ) pemimpin masyarakat dan penghulu. Dia lahir di Sumatera, Indonesia. Dia datang ke Tanah Melayu dan menetap di Segambut. Kemudian semasa menjadi Penghulu Setapak, dia menetap di Batu 5 Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SENIMAN

SENIMAN, persatuan untuk para seniman dan seniwati di Malaysia.  SENIMAN ialah singkatan Persatuan Seniman Malaysia.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 hasil usaha bersama Haji Idris Ibrahim, Ahli Parlimen Setapak, Zainuddin Zimbo dan beberapa orang seniman dan seniwati yang terlibat dengan Merdeka Studio di Hulu Kelang, Selangor.  SENIMAN adalah sebagai ganti Persatuan Artis-Artis Malaya (PERSAMA) yang pernah dipimpin oleh P. Ramlee di studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1960-an.  PERSAMA dibubar bersama-sama Studio Malay Film Productions jalan Ampas yang ditutup pada 15 September 1967.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SITI ZAINON ISMAIL

SITI ZAINON ISMAIL (1949 -     ), penulis, penyair dan pelukis.  Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor.  Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina.  Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia.

SASTERATokoh

Kembali ke atas