ALOR SETAR | ALOR SETAR,ibu negeri Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ISMAIL ZAIN | Ismail Zain (1930-1991), pelukis. Beliau lahir di Alor Setar, Kedah, dan mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. | KESENIAN | Tokoh |
ISMAIL ZAIN | ISMAIL ZAIN (1930-1991), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga tahun 1950. Kemudian dia mengikuti kursus perguruan di Malayan Teacher Training College, Kirkby, Lancashire, England pada tahun 1951 hingga tahun 1953, pendidikan seni di Ravensbourne College of Art, England pada tahun 1961 hingga tahun 1964 dan Slade School of Fine Art, University of London pada tahun 1964 hingga tahun 1966. | BUDAYA | Tokoh |
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO' | ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937- ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama. Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957). Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur. Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu. | BUDAYA | Tokoh |
WAN ABDULLAH WAN PUTEH | WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927- ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941. Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950. | BUDAYA | Tokoh |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TERUSAN WAN MAT SAMAN | at Saman ialah sebuah terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air dari terusan itu ke kawasan penanaman padi. Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan 36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut. | UMUM | |
SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, TUN | SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, Tun, (1906-1975), Ketua Hakim Negara (1966) dan Gabenor Pulau Pinang yang keempat (1969-1974). Beliau lahir pada 10 November 1906 di Alor Setar, Kedah. Syed Sheh mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Kedah. Di sana, beliau memasuki Inner Temple untuk mengikuti kursus undang-undang dan lulus pada tahun 1934. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED KHIR JOHARI, TAN SRI | MOHAMED KHIR JOHARI, Tan Sri (1923- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Alot Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alot Setar pada tahun 1938. Ketika menuntut di kolej, dia amat aktif dalam sukan dan pernah menulis tentang permainan sepak raga untuk majalah kolej. Dia memulakan kerjaya sebagai guru. Setelah itu dia meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SYAH | SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SYAH (1927 – ), Sultan Kedah yang ke-28 (1958 - ) dan Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970 – 1975). Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Titi Gajah dan Alor Setar. Pada tahun 1952, baginda memasuki Wadham College, University Oxford, England dan memperoleh diploma Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |