KACA DAWAI | Kaca dawai terdiri daripada kepingan kaca setebal enam milimeter hingga 19 milimeter yang mengandungi jejaring dawai yang disisipkan semasa proses pembuatannya. Jejaring dawai itu menguatkan kaca dan memegangnya apabila kaca pecah. | UMUM | |
MENSIANG | Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi bahagian tengah mensiang biasanya boleh dibuang, meninggalkan tiub berongga yang bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk membuat alat muzik. | UMUM | |
POKOK TULIP | Pokok tulip juga dinamakan poplar kuning dan poplar tulip , ialah pokok daun lebar yang tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3 meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari selatan New England hingga ke Florida dan ke arah barat hingga ke selatan Missouri dan Louisiana. | UMUM | |
KAWAN BENAR | KAWAN BENAR, novel pertama yang dihasilkan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. Novel ini diterbitkan pada tahun 1927 dalam tulisan Jawi setebal 177 halaman tanpa menyebut nama penerbitnya. Penerbitan semula novel ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam tulisan Rumi pada tahun 1976 setebal 124 halaman. | SASTERA | Karya |
FURU AL-MASA'IL | FURU AL-MASA’IL, kitab fikah. Kitab ini dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769 – 1847). Kitab ini diterbitkan oleh Matbaat Dar al-Ma’arif, Pulau Pinang (tanpa tarikh) dalam dua jilid yang disatukan. Jilid pertamanya setebal 275 halaman manakala jilid ke duanya setebal 394 halaman. | SASTERA | Penerbitan |
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN | HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928. | SASTERA | Karya |
KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS | KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS, kumpulan puisi Chairil Anwar. Cetakan pertama kumpulan ini setebal 54 halaman diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Rakyat pada tahun 1949. Kemudian ia telah banyak kali dicetak ulang dan cetakan kesebelas telah diterbitkan oleh penerbit Dian Rakyat, Jakarta setebal 56 halaman pada tahun 1991. | SASTERA | Karya |
AUDEN W.H. | Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di England . Dia terkenal dengan kepelbagaian karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada, blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse , oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse, libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety . | UMUM | |
SALAH ASUHAN | SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis. Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928. Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis. Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan. Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun. | SASTERA | Karya |
THE MALAY SOUND SYSTEM | THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966. | BAHASA | Penerbitan |