BURUNG SETIAUSAHA | Burung setiausaha ialah burung Afrika yang tinggi yang mempunyai bulu pelepah panjang yang berjurai dari bahagian belakang kepalanya. | UMUM | |
ZHAO ZIYANG | Zhao Ziyang (1919–2005), juga dieja Chao Tzuyang, menjadi setiausaha agung Parti Komunis China semenjak bulan November 1987 hingga bulan Jun 1989. Dia memangku jawatan setiausaha agung semenjak bulan Januari 1987. | UMUM | |
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH | Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984), berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982 hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei 1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis. | UMUM | |
SEWARD, WILLIAM HENRY | Seward, William Henry (1801–1872), berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861– 1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar negara, negara-negara Eropah tidak memberi sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden Andrew Johnson. | UMUM | |
ROOT, ELIHU | Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika di bawah Presiden Theodore Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun. Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai menghargai sumbangannya terhadap keamanan dunia. | UMUM | |
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER | Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir pada bulan Januari 1992. | UMUM | |
U-THANT | Diplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
SHULTZ, GEORGE PRATT | Shultz, George Pratt (1920– ), berkhidmat sebagai Setiausaha negara dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan dari tahun 1982 hingga tahun 1989. Sebelum itu dia memegang beberapa jawatan penting semasa berkhidmat dengan Presiden Richard M. Nixon. Shultz juga berkhidmat di Amerika Syarikat dan di luar negara sebagai penasihat kerajaan dan kumpulan pengurusan dan buruh. Sebagai penimbang tara dalam pertikaian buruh, dia terkenal kerana sikap adilnya dan keupayaannya mencari jalan penyelesaian. | UMUM | |
ZUCKERMAN, LORD | Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua penasihat sains kerajaan United Kingdom dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada setiausaha negara bagi pertahanan. | UMUM | |