Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 
BERTAM

BERTAM,  penempatan yang dibuka oleh Parameswara di tebing Sungai Bertam.  Sungai ini mendapat nama sempena pokok bertam, sejenis pohon palma yang banyak tumbuh di tebing sungai itu.  Sungai Bertam kemudian di kenal dengan nama Sungai Melaka.  Setelah meninggalkan Singapura, Parameswara telah membuka beberapa petempatan tetapi tempat-tempat tersebut tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.  Setibanya Parameswara di Bertam, didapatinya tempat itu sesuai untuk dijadikan penempatan dan perlindungan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas