Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj tujuh; (denoting particular member of a class) tujuh + approp classifier: we married ~ years ago, kami berkahwin tujuh tahun yg lalu; the family owns ~ cars, keluarga itu mempunyai tujuh buah kereta; we are inviting ~ guests to dinner, kami menjemput tujuh orang tetamu utk makan malam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (number) tujuh: ~ is my lucky number, tujuh ialah nombor bertuah saya;four times ~ equals twenty-eight, empat kali tujuh sama juga dua puluh lapan; 2. seven o’clock, /pukul, jam/ tujuh: he gets up every morning at ~, dia bangun setiap pagi pd pukul tujuh; 3. seven years old, tujuh tahun: he did not go to school until he was ~, dia tdk pergi ke sekolah sehinggalah dia berumur tujuh tahun. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seven


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
ANDREYEV, LEONID

Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan

penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood

pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam

kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya

berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan

manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red

Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan

keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven

That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima

orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang

sedang menanti saat kematian mereka. Drama

Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man

(1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid

Nikolayevich Andreyev lahir di Orel.

UMUM 
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN

Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885),

pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli

alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya

bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan

dongeng yang diceritakan oleh penduduk

Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk

Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik

Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu

meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff”

dan “The Seven Fathers in the House”.

Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia

menjelajah pantai Norway dan memberi

sumbangan penting dalam bidang botani dan

zoologi.

UMUM 
KELLER, GOTTFRIED

Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis

Swizerland yang paling terkenal yang menulis di

Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal

dengan watak jenakanya dan sikap yang

mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller

menulis beberapa prosa yang pendek dikenali

sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal

terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856,

1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes

Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet

in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk

Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu

dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah

Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang

merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan

kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander

(1886). Keller lahir di Zurich.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 

Kembali ke atas